suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Nyaris kena langgar! Pemandu e-hailing didakwa ‘reject’ penumpang OKU berkerusi roda, tergesa-gesa tinggalkan pelanggan

Video tular yang dikongsikan nurulazreen95 memaparkan rakannya, seorang OKU nyaris dilanggar pemandu e-hailing.

SEORANG wanita kesal selepas mendakwa seorang pemandu syarikat e-hailing Grab enggan mengambil dia dan rakan-rakannya hanya kerana salah seorang daripada mereka merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) yang menggunakan kerusi roda.

Menerusi perkongsian wanita menggunakan akaun nurulazreen95 di Threads, pemandu terbabit didakwa bukan sahaja enggan mengambil mereka, malah segera berlalu tanpa mendengar penjelasan sehingga rakannya yang berkerusi roda hampir dilanggar.

"Pemandu Grab kurang ajar! Hanya kerana rakan saya seorang OKU... walhal kami seramai lapan orang dan telah menempah dua buah kereta, jadi kami boleh bertukar penumpang.

"Perkara ini sudah berlaku kepadanya beberapa kali. Diskriminasi terhadap golongan OKU dalam kalangan pemandu Grab memang benar-benar berlaku!" luahnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita lapor kebiadaban pakcik e-hailing! Cakap kasar, bawa isteri teman bekerja - "Sesetengah orang tua memang kurang adab ke?"

Menerusi klip video yang dikongsikan di Threads, kelihatan pemandu berkenaan didakwa hampir melanggar rakannya yang berkerusi roda ketika mereka sedang menunggu di lobi sebuah bangunan.

Seorang individu yang mendakwa menyaksikan kejadian itu turut menjelaskan bahawa dua wanita di lokasi berkenaan sudah memaklumkan kepada pemandu bahawa rakan mereka yang berkerusi roda akan menaiki kereta lain.

Bagaimanapun, pemandu terbabit didakwa enggan mendengar penjelasan sebelum terus beredar.

"Kalau tak nak ambil penumpang berkerusi roda pun, apa masalahnya tak nak ambil penumpang yang lain? Biadab," tulis individu itu di ruangan komen.

Sementara itu, pihak Grab menerusi maklum balas terhadap perkongsian berkenaan memohon maaf dan memberi jaminan akan melakukan siasatan terhadap insiden berkenaan.

"Grab mengamalkan dasar toleransi sifar terhadap sebarang bentuk diskriminasi, terutamanya terhadap golongan OKU.

"Sila hantarkan mesej peribadi (DM) kepada kami berserta ID tempahan atau nombor telefon yang berdaftar supaya pasukan keselamatan kami dapat mengenal pasti pemandu berkenaan, menjalankan siasatan menyeluruh dan mengambil tindakan yang sewajarnya dengan segera. Terima kasih," tulisnya.

Di ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan rasa kesal terhadap insiden berkenaan selain menggesa pihak Grab mengambil tindakan tegas terhadap pemandu terbabit.

Artikel Lain