suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Abang Rita Rudaini meninggal dunia

Rita (dua dari kiri) sebak melihat jenazah Allahyarham di hospital.

ABANG kepada pelakon Rita Rudaini, Ahmad Musyaiful Mokhtar, meninggal dunia pada usia 51 tahun di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada pukul 1.46 pagi Ahad.

Allahyarham dilaporkan menghembuskan nafas terakhir selepas rebah ketika menjayakan satu program membabitkan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) di Kelana Jaya.

Menerusi perkongsian video di media sosial, Rita dilihat berada di hospital dalam keadaan sebak sebelum memeluk jenazah abangnya.

Jenazah Allahyarham dijangka dibawa pulang ke kampung halaman di Kangar, Perlis untuk urusan pengebumian.

Bagaimanapun, setakat ini belum ada maklumat lanjut berhubung punca kematian Allahyarham.

Artikel Lain