PELAKON Sharifah Haneesya meminta agar namanya tidak lagi dikaitkan dengan gelaran Dewi Remaja iaitu sebuah pertandingan yang pernah disertai pada edisi 2018/2019.Meskipun pernah menyandang gelaran juara sebelum kemenangan itu ditarik semula, Haneesya atau Sharifah Haneesya Hanee Sayed Sahlan, 26, memberitahu dia kini mahu lebih dikenali menerusi perkembangan kerjaya selepas namanya dikenali. "Ada satu benda yang saya nak minta jasa baik semua. Kalau boleh tolong berhenti kaitkan saya dengan DR (Dewi Remaja) lagi. Gelaran itu dah bukan milik saya sebab ditarik semula. Kedua, saya bukan remaja lagi. Saya cuma nak move on.Haneesya mahu terus berkongsi kejayaan dalam dunia seni. "Saya pernah menjadi sebahagian daripada program itu. Tetapi itu cuma satu fasa dalam hidup saya. Bukan keseluruhan identiti saya. Saya ada impian yang jauh lebih besar daripada sekadar dikenali kerana satu pertandingan," katanya.Haneesya menulis perkara tersebut dalam satu hantaran di Instagram miliknya berserta tangkap layar komen pengikut media sosial yang masih mengenang perjalanan dia ketika menyertai program tersebut.Pelakon ini pada masa sama memberitahu dia cuba untuk melupakan kenangan lama dan kini mahu terus memberi inspirasi kepada orang ramai.ARTIKEL BERKAITAN: Pesta arak... Haneesya Hanee mengaku salah, gelaran juara Dewi Remaja dilucutkan ARTIKEL BERKAITAN: Haneesya Hanee kesal netizen pilih kasih boikot Zahirah MacWilson - “Perempuan salah sampai bila-bila ingat, kalau lelaki laju saja maafkan“"Saya nak bawa sesuatu yang baik dalam dunia ini. Saya nak jadi seseorang yang boleh buat orang lain rasa dihargai, didengari dan lebih yakin dengan diri sendiri."Saya faham ramai yang sebut fasal DR sebenarnya berniat baik. Tapi kadang-kadang benda yang nampak kecil bagi orang lain boleh mencetuskan perasaan dan kenangan yang dah lama saya cuba tinggalkan.Haneesya pernah mencetuskan kontroversi susulan gelaran juara ditarik. "Saya bukan minta orang lupakan masa lalu. Saya cuma minta ruang untuk terus berkembang tanpa perlu sentiasa dikaitkan dengan perkara sama," luahnya.Di hujung hantaran tersebut, Haneesya sekali lagi menegaskan dia tidak mahu namanya terus dikenang disebabkan satu gelaran yang bukan lagi menjadi miliknya.Gelaran Haneesya selaku juara Dewi Remaja 2018/2019 dilucutkan selepas timbul dakwaan dia berpesta di sebuah kelab malam.TONTON VIDEO PILIHAN!